Get Adobe Flash player
Sembang Shoutbox
Sembang Login
Kenapa isteri orang jadi buruan suami ku....sedap ke?

Kenapa isteri orang jadi buruan suami ku....sedap ke?
Facebook Twitter Delicious Digg FriendFeed Linkedin Reddit Stumbleupon MySpace Technorati Blogger Wordpress

Kenapa isteri orang jadi buruan suami ku....sedap ke? 6 years, 7 months ago #2871

Assalamualaikum,

Sekadar untuk mendapat nasihat dan bimbingan dari member-member mengenai persoalan rumahtangga Kak Manja. Akak dah lama berumahtangga - 26 tahun. 4 orang anak dan alhamdulillah semuanya berjaya cuma yang bongsu je masih di Tkn. 5. Yang sulung perempuan suadah bekerja, kedua lelaki di Spain peringkat masters dan yang ketiga perempuan di UK peringkat ijazah pertama. Sepanjang hidup akak bersama suami - Jay rumahtangga kami sentiasa je diuji dengan perlakuan Jay yang sering jatuh cinta dengan ISTERI ORANG!! Sepuluh tahun yang lalu dengan seorang kakitangan di Jabatan yang sama sehingga bercerai talak tiga apabila diketahui suaminya. Saya minta mereka berdua kahwin dengan syarat saya akan memfailkan perceraian dan semua anak-anak akan dijaga oleh Jay. Tetapi Mahakaya Allah, rumahtangga kami kembali bertaut bila dia membatalkan niat kerana tidak mampu kerana sayalah yang banyak membantu didalam kewangan keluarga mungkin kerana berkat Allah saya berpangkat tinggi dari Jay.
Tahun lepas sekali lagi rumahtangga kami dilanda badai bila Jay berkenalan dengan seorang 'desperate housewife' (saudara baru-Filipina) - seorang isteri sebaya akak - 50 tahun yang punya 6 anak dan 5 cucu!! Kekasih baru Jay adalah isteri pertama dari 4 isteri lain..... Saya mengesyaki hubungan mereka apabila simptom yang sama semasa peristiwa lama - pengalaman lama! Saya hubungi kekasih Jay dan kami bersemuka dan banyaklah cerita yang disampaikan tanpa pengetahuan Jay. Bila bersemuka dengan Jay, nyata dia tidak dapat menidakkan melainkan mengakui. Oleh kerana ana-anak kami telah dewasa, saya kongsi dengan anak-anak. Apalagi masing-masing minta saya fikir sekali lagi dan jangan tunduk lagi. Kali ini saya nekad dan ternyata mereka telah hanyut jauh dari batas-batas kesedaran dimana bergelumang dengan zina!! Kekasih Jay tidak ada segan silu kerumah saya dan mengaku mereka tidak dapat dipisahkan... Rupanya kekasih Jay ingin berkongsi kasih, menagih rindu dan mendambakan pelukan hangat seorang suami tiap malam...!! jadi Jay lah tempat melampiaskan nafsu. Kekasih Jay pula berada, cuma tandus kasih sayang... Akak pula makin hari makin menipis kasih sayang, cinta, hormat apalagi.... Benci adalah!! Setelah akak sembahyang istikharah, petunjuk dari Allah diberi... 6 bulan lepas pindah keluar dari rumah pergi tinggal di apartment kekasih dan semua barang kepunyaannya dibawa keluar. Nak tergelak pun ada... Agaknya inilah petunjuk yang Allah beri... Dia keluar dari hidup akak... tetapi dek kerana tak berduit kerana hutang jad kredit yang menimbun dan surat saman bank, ditebalkan muka menumpang dirumah sewa akak. Kadang-kadang kesian ada juga tapi dia tak pernah berusaha untuk meninggalkan perbuatan keji dia.

Akak dan anak-anak tidak dipedulikan lagi. Nafkah dan belanja keluarga tidak pernah dipedulikan. Bayangkan sejak berkahwin beras pun tak pernah hulur duit pada saya untuk beli!! Anak-anak saya menasihatkan saya bahawa saya ini memang bernilai untuk daddy tetapi bagi mummy, daddy is worthless .... !! daddy tak de apa-apa! Saya telah mengadu ke Pej. Agama Islam dan masih dalam tindakan. Kiranya dia tidak mahu menceraikan saya, saya bertekad untuk meninggalkan dia. Tiada jalan penyelesaian lagi kerana bayangkanlah semasa kami melakukan hubungan seks pun, nama betina itu yang disebut semasa berahi dia memuncak!! Sapa yang tak sakit hati....!! Akak layani juga nafsunya kerana tiap hari akak diingatkan yang akak ini masih isteri dia!! Nak rujuk pada kaum keluarga, semua ibu, ayah, bapa mertua semuanya telah meningggal. Sapa pun dia tak takut dan hormat dan dia dengar kata. Betullah kata orang, kalau dah kemaruk bercinta, cakaplah apa pun semuanya tak lut!! Malu saya pada anak-anak. Saya berhasrat biarlah jadi isteri derhaka dari menanggung deraan emosi, saya akan bersara awal dan bersama anak lelaki saya di Spain dan biarlah dia dengan dunianya. Buntu saya dengan sikap buaya darat Jay.

Apakah member-member lain akan buat bila suami buat perangai begini? Cincang 18 ke? tolong beri tips agar tidak jadi berita utama kelak - SUAMI MATI DIKERAT 20 OLEH ISTERI...!! Huk...huk....huk..

Kenapa isteri orang jadi buruan suami ku....sedap ke? 6 years, 7 months ago #2872

  • merah
  • OFFLINE
  • red
  • Karma: 1
Agak kritikal jugak masalah Akak Manja nih...

Geng..meh tolong akak ni....

Kenapa isteri orang jadi buruan suami ku....sedap ke? 6 years, 7 months ago #2882

  • jokiveteran(JV)
Kak Manja,

Semoga Kak Manja bersabar di dalam menempuh dugaan Allah swt. Semakin kuat dugaan yang Allah beri bermakna semakin sayang Allah kepada kita. Mungkin dugaan yang datang adalah sebagai mempersiapkan diri untuk menghadapi dugaan yang lebih besar. Mungkin telah ditakdirkan oleh Allah Kak Manja mendapat suami yang seperti itu. Namun kita perlu muhasabah diri.

Mungkin keadaan Kak Manja masih bernasib baik jika dibandingkan dengan orang lain. Terdapat kes di mana suami yang sering bertukar pasangan, malah tak cukup dengan itu isteri tak boleh bersuara langsung. Tangan dan kaki akan naik ke badan. Malah anak2 juga menjadi mangsa.

Cara terbaik ialah banyak berdoa kepada Allah. Mohon bantuan Allah agar dengan rahmatnya suami Kak Manja akan berubah. Jgn sekali-kali minta cerai atau derhaka kerana ianya mengundang kemurkaan Allah. Nanti di dunia menderita batin diakhirat lain pula deritanya. Kak Manja tentu tahu dimana tempatnya isteri derhaka kan? Biar lah tidak disayangi suami asalkan mendapat keredahaan Allah.

Mungkin apa yang berlaku adalah kerana dosa2 kita yang lalu atau kesalah yang pernah kita lakukan pada suami dan dia tidak maafkan. Derhaka pada suami ni sama seperti derhaka pada ibu....Allah bayar cash. Oleh itu mohon kemaafan dari Allah dan suami. Ingat lah para isteri sekelian.

Jangan salah faham ye Kak Manja. Bukan niat saya mengatakan perbuatan suami Kak Manja itu betul. Salah tetap salah. Cuma apa yang ingin saya katakan ialah bila menghadapi sesuatu musibah hendaklah kita ucapka innalillah dan muhasabah diri sendiri dahulu. Ingat, Allah tidak akan membebankan hambanyadengan sesuatu lebih dari kemampuan hambanya itu sendiri dan Allah tidak akan menganiaya hambanya. Segala keburukan yang berlaku adalh hasil dari perbuatan manusia itu sendiri.

Kak Manja telah pun mengadu ke Pejabat Agama. Saya yakin mereka boleh membantu dan menyelesaikan masalah Kak Manja. Insyaallah.

Sekian dulu. Semoga Allah memberikan kekuatan kepada Kak Manja. Yang buruk dari kelemahan saya dan yang yang baik datangnya dari Alllah jua.

Kenapa isteri orang jadi buruan suami ku....sedap ke? 6 years, 6 months ago #3119

assalamualaikum kak.wah hebat cerita akak ni.mungkin inilah yang dinamakan rencah kehidupan berbagai cerita.
Bagi pendapat saya mudah kak.mungkin akak lupa atau tak perasan.cuba akak ingat masa mula akak menikah.maksud saya masa acara pernikahan tula.
Ingat lagi tak...Tu la masa tu nak seronok je..
Islam tu mudah kak.kita punya hak masing-masing.masa menikah kadi ada memberi khutbah.tanggung jawab seorg suami.makan minum tempat tinggal nafkaf dan lain-lain.jika suami gagal dari segi tanggung jawab isteri ada hak apatah lagi suami akak telah berzina akak punya hak menjauhkan diri.bukan sebab akak suami perlu patuh membuta tuli.
Saya rasa akak ni berpendidikan tapi kenapa akak gagal berfikir hak seorang isteri.

Kenapa isteri orang jadi buruan suami ku....sedap ke? 6 years, 6 months ago #3127




kes akak manjalara ni dah biasa didengar dan di baca...

dah banyak berlaku dalam masyarakat melayu kita tak kira samada di bandar atau di kampung...

punca berlaku musibah ni sebenarnya dtg dari ke dua belah pihak...tinggal lagi pihak mana yg lebih banyak menimbulkan masalah tersebut...

kita kene kaji dan detect siapa yg paling banyak bagi problem dalam keharmonian rumahtangga yg selama ni dibina atas dasar saling cinta mencintai..saling hormat menghormati dan saling kasih mengasihi...periksa betui2 kemana hilangnyer rasa sayang antara kalian...

bila kita dah jumpa punca sebenar,,baru lah kita baiki defect yg ada tu secara beransur dan istiqomah...sentiasa sabar dan tenang sepanjang proses tersebut...jangan mudah terpedaya dgn anasir luar yg cuba menjadi batu api...kene tapih setiap maklumat dan cerita yg disampai oleh mulut2 yg takde insuran...

rata2 lelaki yg normal akan bernafsu dan terangsang pada pompuan yg cantik,menarik dan menggoda...lebih2 lagi bila pompuan itu tadi memiliki kelebihan yg tiada pada isteri sendiri..

sebagai contoh...antaranyer la...

1) bentuk tubuh yg menarik...

2) muka yg lawa dan 'mengancam'

3) tetek yg mantop dan mengkal

4) ponggong yg bulat dan padat

5) aksi yg lincah dan menggiurkan

6) perilaku yg menyenangkan hati lelaki...

dan beberapa sebab lain di mana si suami itu tadi berkenan dan berbeza antara setiap lelaki/suami...

ada jugak sesetengah lelaki yg memang 'darjah' miang/gatal dia tgh dtg...mungkin sebab pengaruh kenkawan dan faktor persekitaran...mungkin zaman muda dia pernah jadi 'buaya'...mungkin juga zaman muda dia tak pernah merase menggatal...maka tetiba dia jadi org asing skrg.....dari seorang yg cool berubah menjadi kaki seks/kaki betiner...

nafsu seks lelaki normal takkan padam selagi nyawa dia belum padam....tinggal lagi 'senjata' dia jer yg tak seiring dgn nafsu....

maka....jalan penyelesaian,,,

kembalilah kepada ISLAM dgn SEPENUHNYER....

HARAP PUAN BERSABAR....semoga puan berjaya.....



Kenapa isteri orang jadi buruan suami ku....sedap ke? 6 years, 6 months ago #3137

faktor2 tu je ke yang lelaki normal tertarik?? bukan budi pekerti,sopan santun,lemah lembut,cerdik,bijak,pandai uruskan rumah tangga,amanah,jujur,ikhlas,pandai mengaji,pandai jaga anak...kalau "lelaki normal" semua nak cari bini kena tengok bontot,payu dara,ukuran badan..kulit licin gebu,betis buting padi semua bagai....cermin la diri tu dulu...anda "lelaki normal" yang hensem ke? yang kacak bergaya ke...yang romantik ke yang very the gentleman ke...kihkihkih..tak paham...tak paham...

Kenapa isteri orang jadi buruan suami ku....sedap ke? 6 years, 6 months ago #3145

darling wrote:
faktor2 tu je ke yang lelaki normal tertarik?? bukan budi pekerti,sopan santun,lemah lembut,cerdik,bijak,pandai uruskan rumah tangga,amanah,jujur,ikhlas,pandai mengaji,pandai jaga anak...kalau "lelaki normal" semua nak cari bini kena tengok bontot,payu dara,ukuran badan..kulit licin gebu,betis buting padi semua bagai....cermin la diri tu dulu...anda "lelaki normal" yang hensem ke? yang kacak bergaya ke...yang romantik ke yang very the gentleman ke...kihkihkih..tak paham...tak paham...


ni la yang susah kepada wanita ni, bila ada lelaki memberi benda dgn ikhlas,
dia perli pula. so wanita jgn terlalu emosi sgt, kena fikir dengan positif..baru hidup itu tenang.
saya ada manusia biasa

Kenapa isteri orang jadi buruan suami ku....sedap ke? 6 years, 6 months ago #3150

saya tak perli..cuma tak paham..kenapa faktor macam tu yang menjadi ukuran....

Kenapa isteri orang jadi buruan suami ku....sedap ke? 6 years, 6 months ago #3169




cuba baca perenggan ayat abg yg terdahulu betul betul...faham dengan apa yg dimaksudkan...

terus ke perenggan:-


sebagai contoh...antaranyer la...

ulang sekali lagi,,

sebagai contoh...antaranyer la...

kita ulang lagi ayat tu,,

sebagai contoh...antaranyer la...

point disini ialah 'CONTOH'..dah bg tau awal2 ianya antara contoh contoh...
ok sambung lagi,,,,

1) bentuk tubuh yg menarik...

2) muka yg lawa dan 'mengancam'...

hinggalah,,

6) perilaku yg menyenangkan hati lelaki...

dan beberapa sebab lain di mana si suami itu tadi berkenan dan berbeza antara setiap lelaki/suami

point di sini ialah 'PERILAKU YG MENYENANGKAN HATI LELAKI'

bukankah fakta yg ke 6 ini serupa/sama dgn hasrat statement darling iaitu

"faktor2 tu je ke yg lelaki normal tertarik??bukan budi pekerti,sopan santun,lemah lembut,cerdik,bijak,pandai uruskan rumahtangga,amanah,jujur ikhlas,pandai mengaji,pandai jaga anak..."

memanglah..dah dinyatakan dgn ringkas dlm item ke 6 iaitu perilaku"menyenangkan"

dan fakta abg yg ke 6 sama lah dgn statement darling di atas tuh...

apa,,,perilaku tu menurut fahaman korang apa agaknyer..???

perilaku=tingkahlaku=sifat dan perbuatan..

masih tak faham..??? entahlah...begini punyer detail masih jugak tak faham....

maka benarlah pendapat ramai yg mengatakan,,,ramai wanita yg berfikir dan bertindak tidak menggunakan akal dgn sepenuhnya sebaliknya hanya menurut kata hati, naluri kewanitaan dan sifat amarah semata...

(masih ingatkah peristiwa seorang ibu muda di penang yg menjerut 2 org anaknyer sehingga mati gara2 mendapat tahu si suami ada affair dgn pompuan lain..)

tanpa usul periksa,tanpa bertanya,tanpa berfikir,tanpa bersabar..

so....????

baca dan fikir sebelum bertindak...


Kenapa isteri orang jadi buruan suami ku....sedap ke? 6 years, 6 months ago #3222

  • merah
  • OFFLINE
  • red
  • Karma: 1
Ulasan abg pm lebih menjurus ke tarikan seksual seseorang perempuan..

Bentuk fizikal atau paras rupa agak sukar untuk diubah... Dalam hal ni , Red kira suami turut memainkan peranan dalam membentuk / mendidik isteri menjadi seorang isteri yang menyenangkan hati. Bukan memburu isteri orang lain yg sempurna di mata anda...

Adat la nih.... isteri org lebih menawan dr isteri sendiri.... begitu juga la sebaliknya.... Ni kes x tau bersyukur la ni.....




[/i]
Time to create page: 1.02 seconds