Get Adobe Flash player
Sembang Shoutbox
Sembang Login
  • Page:
  • 1

Video Seksaan Kubur
Facebook Twitter Delicious Digg FriendFeed Linkedin Reddit Stumbleupon MySpace Technorati Blogger Wordpress

Video Seksaan Kubur 5 years, 11 months ago #7202

aku nak bincangkan satu topik ni...

Korang semua mesti tgk berita 2 3 hari ni kan berkenaan dgn video seksaan kubur yg dipertontonkan kepada pelajar sekolah rendah berumur 7 dan 8 tahun? Persoalannya, wajarkah video seumpama ini dipertontonkan kepada pelajar berumur 7 dan 8 tahun?

Ok...pada pendapat peribadi akulah, tak salah sekiranya ia dipertontonkan kerana ia merupakan satu pengajaran dan pelajaran kepada budak2 ni. Melentur buluh pun biarlah dari rebungnya kan..so kalo nak anak2 kita menjadi anak2 yang bermoral kenalah kita ibu bapa mendidik sejak dari kecil. Kalo ada yg berkata video tu macam melampau sgt...jd adakah seksaan kubur tu melampau?? jdnya Tuhan tu melampau la??

Aku pasti mesti ada yg akan kata rakaman/lakonan video tu terlalu ekstrim sampai buat budak2 trauma. Bagi pendapat aku, ustaz/ustazah yg menayangkan video tersebut perlulah memainkan peranan mereka. Contohnya apabila dah ditayangkan video tu maka dorg perlu la menerangkan apa moral of the story. Bukan dengan membiarkan saja budak2 tu berfikir sendiri mesej yg nak disampaikan. Sbb tu la cikgu cikgi kene belaja psikologi...m/mana cara nak mendidik yg btl. betul tak??

Aku terkejut juga bila sepasang ibu bapa bukan org biasa tp seorg doktor mengemukakan isu ni kt TV3 baru2 ni yg meminta agar dikaji semula penayangan video tu. Dan seorang menteri/timb. menteri pun minta dikaji semula. Apa yg nak dikaji? Gelihati pulak bila seorg terpelajar berbangsa melayu beragama ISLAM pulak tu tiba2 mengeluarkan isu penayangan video tu sebagai melampau dan menyebabkan anak2 mcm trauma dan fobia... ish ish ish apa nak jdi dgn dunia la ni??!!

Mungkin aku rasa la kan... budak ni bila dia tgk azab seksaan kubur tu bila kt rumah tgk mak ayah tak semayang ank ni menegur, "emak/ayah tak semayang ke? tak takut ke seksaan kubur...ular sawa melingkar badan bla bla bla..." dan mungkin malu dgn teguran anak ni maka isu ni diutarakan?? entah lah...itu andaian aku saja...

so...pd kawan2 di sini, aku minta komen/pendapat korang la. ini cuma pendapat aku saja.

Video Seksaan Kubur 5 years, 11 months ago #7205

bagi pendapt sara plak la kan....umur 7,8 tahun tu terlalu muda utk didedahkan dengan video yg sara anggap terlalu ekstrem....buka la sara tak suka sekolah ajar bab2 macam tu...cuma nya bagi sara cukup la dengan penerangan dan visual yg tak keterlaluan...sebab sara fikir budak umur tu tak tapat pengajaran pun dr video tu cuma rasa takut dan yg lagi teruk tak nak gi sekolah or ngigau malam or macam2 menda lagi yg akhirnya menyusahkan mak bapak...

lagi pun yang penting ialah pemahaman...sebab utama ialah kita nak ajar anak2 kita dan terap kenapa kita kena solat...kenapa kita kena puasa,kenapa kita kena berakhlak baik...bagi tau apa ganjaran nya...bagi tau la plak apa nikmat2 yg Allah dah bagi...supaya kanak2 ni rasa ooo sebab tu kita kena sembahyang...bukanya nanti kita kena sembahyang sebab kita takut kena seksa kubur..tapi kita sembahyang sebab kita turuti perintah Allah,kita sayang Allah...kita nak Allah sayang kita...

kalau nak tunjuk video cam tu rasanya umur 12 tahun dah sesuai la kut..sebab dekat baligh n hampir baligh...n rasanya dah boleh pikir sendiri...
tu pendapat sara secara peribadi la...tak tau la org lain ek....

Video Seksaan Kubur 5 years, 11 months ago #7207

  • bad
  • OFFLINE
  • Karma: 0
aku sebenar tak berani sgt nak komen..yela aku pun manusia biase tak lari dari buat kesilapan..
sebenar pada aku objektif video nie ader dan baik cuma pendekatan jer aku rase kurang sesuai ..umor yg sesuai utk video mcm nie ialah pada usia baligh ler..sebab mase tu dosa dan pahala nie individu itu ler yg kena bertanggung jawab..
usia 7.8 tahun nie memadai ler dgn lisan dan tunjuk ajar dan sikit kekerasan dlm ketegasan ..umor 10 tahun rotan lebih sikit kalo diorg tak solat..serta apabila mereka buat perkara2 yg dilarang dlm Islam...
memang skrg nie kiter boleh buat aplikasi dgn mengunakan teknologi tapi kerana mungkin kaadaan ini mereka akan takut dan biler takut ibadah diorg lakukan kerana takut jer.... biler kerana takut takder keikhlasan utk beribadah ..tapi pendekatan nie agak kurang sesuai..terpulang pada korang yg rase pandangan aku nie agak kurang ..tapi itu ler pendapat aku...
  • Page:
  • 1
Moderators: merah, darling
Time to create page: 0.47 seconds